JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) berjaya memperoleh mandat untuk menerajui semula Kerajaan Negeri Johor selepas meraih majoriti mudah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, hari ini.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN memenangi 29 daripada keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN kali ini.
Pada PRN Johor ke-16, BN mempertaruhkan calon di kesemua 56 kawasan DUN untuk mendapatkan mandat rakyat mentadbir negeri bagi tempoh lima tahun akan datang.
Keputusan itu dicapai selepas proses pengundian yang bermula 8 pagi tadi berakhir secara rasmi tepat 6 petang ini. - Bernama